Sustainable Agriculture Week @World EXPO 2025

2 - 8 June 2025 | 10am - 6pm | Malaysia Pavillion

Sustainable Agriculture Week @World EXPO 2025

2 - 8 June 2025 | 10am - 6pm | Malaysia Pavillion

Lawatan Rasmi YBM KPKM Ke Fukui, Jepun

FUKUI, 4 JUN 2025 – Dengan semangat diplomasi agro-makanan, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, meneruskan lawatan rasmi ke Fukui menaiki Shinkansen sebagai simbol kemajuan dan kesepakatan dua hala Malaysia–Jepun. Lawatan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang pertanian mampan dan keselamatan makanan serantau.

Agenda dimulakan dengan pertemuan rasmi di Pejabat Kerajaan Wilayah Fukui yang merangkumi ucapan pembukaan, perbincangan dua hala dan memperlihatkan komitmen bersama ke arah kemajuan sektor pertanian masa hadapan. Seterusnya, YB Menteri mengadakan kunjungan hormat bersama Datuk Bandar Echizen dan melawat ladang padi organik Tanbo no Tenshi Co. Ltd yang menerapkan teknologi hijau serta amalan pertanian lestari.

Lawatan turut disempurnakan dengan kunjungan ke Muzium Ketam Echizen, membuka ruang baharu dalam memahami potensi agro-pelancongan serta pemeliharaan sumber marin Jepun. Kunjungan ini menandakan langkah kukuh dalam mempereratkan hubungan Malaysia–Jepun menuju masa depan agro-makanan yang lebih inovatif dan mampan.

FUKUI, 4 June 2025 – In the spirit of agro-food diplomacy, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, Minister of Agriculture and Food Security, continued his official visit to Fukui by travelling on the Shinkansen—a symbol of progress and Malaysia–Japan bilateral harmony. The visit aimed to strengthen strategic cooperation in sustainable agriculture and regional food security.

The agenda began with an official meeting at the Fukui Prefectural Government Office, which included an opening address, bilateral discussions, and a reaffirmation of shared commitment towards the advancement of future-ready agriculture.

This was followed by a courtesy call on the Mayor of Echizen and a site visit to Tanbo no Tenshi Co. Ltd., an organic rice farm employing green technology and sustainable practices.

The visit concluded at the Echizen Crab Museum, offering new insights into the potential of agro-tourism and marine resource conservation in Japan. The overall programme marked a significant step in deepening Malaysia–Japan relations in pursuit of a more innovative and sustainable agro-food future.


【福井・2025年6月4日】 — アグロフード外交の精神のもと、マレーシア農業・食料安全保障大臣、モハマド・サブ閣下(YB ダトゥク・セリ・ハジ・モハマド・サブ氏)は、マレーシアと日本の二国間の進歩と友好を象徴する新幹線にて福井県への公式訪問を続けました。本訪問は、持続可能な農業および地域の食料安全保障における戦略的協力の強化を目的としています。

行程は、福井県庁での公式会談から始まり、開会挨拶、二国間協議、そして未来志向型農業の発展に向けた共同の意志を再確認する場となりました。

その後、越前町長への表敬訪問と、グリーンテクノロジーおよび持続可能な農業を実践する有機米農場「田んぼの天使株式会社(Tanbo no Tenshi Co. Ltd.)」の視察が行われました。

訪問は「越前がにミュージアム」で締めくくられ、日本のアグロツーリズムと海洋資源保全の可能性について新たな知見を得る機会となりました。今回の一連の訪問は、マレーシアと日本の関係をさらに強化し、革新性と持続可能性を兼ね備えたアグロフードの未来に向けた確かな一歩となりました。