Perjalanan Anda Bermula Di Sini

MAHA Go Global kembali untuk edisi kedua sebagai platform menyatukan pihak Kerajaan, pengeluar agromakanan, pengilang, pengedar, peruncit, inovator, dan pelabur dari seluruh rantaian nilai makanan.

01. Gambaran Keseluruhan

Satu Dewan.
Lapan Segmen Interaktif

MAHA Go Global memasuki tahun kedua, kini ditempatkan di Dewan A, MAEPS Serdang. Berkonsepkan Going Global, lapan segmen pameran interaktif menghubungkan pengeksport Malaysia, pembeli antarabangsa dan pempamer global dalam platform agromakanan terbesar Asia Tenggara.

14 Negara Asing Disahkan Menyertai
Amerika Syarikat
Jepun
Korea Selatan
China, P.R.
Russia
Brazil
Kenya
Uzbekistan
Denmark
Hungary
Belanda
Sepanyol
Thailand
Palestin
MAHA Go Global
Lapan Segmen Pameran Interaktif — Dewan A
Pavilion Negara Antarabangsa
14 negara asing, teknologi & produk agromakanan global
Pavilion Taste of Malaysia
25 syarikat tempatan, eksport ke 27+ negara pasaran
Program Hosted Buyer
40 pembeli antarabangsa, MAHA Trade Days 1–3 Sept
Go Global, Grow Local
34 usahawan HGHV merentasi 7 kluster komoditi
Pusat Sehenti Eksport
Bimbingan standard & pensijilan oleh FAMA dan KKM
Majlis Pertukaran MoU
60 MoU, berpotensi RM12.49 juta nilai perdagangan
Pengalaman Maya & Imersif
Simulasi vesel, dron pertanian, akuatik & terowong hortikultur
Zon Advokasi Interaktif
Capybara, kucing unik, ikan hiasan & kolam sentuh belangkas
Pavilion Negara MAHA Go Global
Pempamer Antarabangsa

Pavilion Negara Antarabangsa

14 buah negara asing telah mengesahkan penyertaan untuk mempromosikan teknologi pertanian, penyelesaian pintar serta produk agromakanan mereka — Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan, China, Russia, Brazil, Kenya, Uzbekistan, Denmark, Hungary, Belanda, Sepanyol, Thailand dan Palestin.

Pavilion Taste of Malaysia MAHA Go Global
Kebanggaan Tempatan

Pavilion Taste of Malaysia

Mengetengahkan 25 syarikat agromakanan tempatan yang telah berjaya menembusi lebih daripada 27 negara pasaran antarabangsa menerusi program bimbingan, penyertaan pameran perdagangan antarabangsa serta promosi di bawah KPKM.

Program Hosted Buyer MAHA Go Global
Padanan Perniagaan

Program Hosted Buyer

Membawakan 40 International Buyers merentasi 7 rantau, membuka peluang kepada hampir 2,000 pempamer MAHA2026 menerusi sesi padanan perniagaan pada MAHA Trade Days, 1–3 September 2026. Pembeli yang ditaja menikmati pakej hospitaliti termasuk tambang penerbangan, penginapan empat malam, pengangkutan darat serta F&B.

Go Global Grow Local MAHA Go Global
Eksport Malaysia

Go Global, Grow Local

Segmen Exporter's Club menampilkan 34 usahawan agromakanan Malaysia terpilih merentasi 7 kluster tumpuan dengan produk Pertumbuhan Tinggi, Nilai Tinggi (HGHV). Reruai Pusat Sehenti Eksport oleh FAMA dan KKM turut disediakan untuk bimbingan pensijilan eksport.

02. Go Global, Grow Local

Produk Malaysia
ke Pasaran Dunia

Go Global Grow Local MAHA

Segmen Go Global, Grow Local mengetengahkan 34 usahawan agromakanan Malaysia terpilih merentasi tujuh kluster tumpuan — Buahan Tropika, Sayuran Segar, Bunga Keratan, Ikan Hiasan, Produk Berasaskan Makanan Laut, Input Pertanian, Produk Haiwan Ternakan & Peliharaan dan Makanan Proses — yang menawarkan produk berasaskan konsep Pertumbuhan Tinggi, Nilai Tinggi (HGHV) dan berpotensi untuk menembusi pasaran antarabangsa. Melalui sesi Padanan Perniagaan (Business Matching) dan Pembentangan Produk (Product Pitching), peserta berpeluang berinteraksi secara langsung dengan Hosted Buyer dari dalam dan luar negara.

Inisiatif ini bertujuan meneroka pasaran eksport baharu, memperkukuh kedudukan dalam pasaran sedia ada serta meningkatkan pengiktirafan produk agromakanan Malaysia di peringkat global. Reruai Pusat Sehenti Eksport di bawah kendalian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut disediakan bagi membolehkan usahawan mendapatkan input berkaitan standard, pensijilan dan syarat kemasukan ke pasaran terpilih.

MAHA Go Global Program
MAHA Go Global Usahawan
34
Usahawan Eksport Malaysia
60
Hosted Buyers (Intl + Domestik)
1,000+
Pempamer Tempatan Terlibat
RM600J
Sasaran Potensi Perniagaan
7 Kluster Tumpuan GGGL 2026
🥭
Buahan Tropika
🥬
Sayuran Segar
💐
Bunga Keratan
🐠
Ikan Hiasan
🦐
Produk Berasaskan Makanan Laut
🌱
Input Pertanian
🐔
Produk Haiwan Ternakan & Peliharaan
🍱
Makanan Proses
03. Pavilion Taste of Malaysia

Rasa Malaysia
Ke Pentas Dunia

Segmen International Country Pavilion dimeriahkan dengan Pavilion Taste of Malaysia yang mengetengahkan 25 syarikat agromakanan tempatan yang telah berjaya menembusi lebih daripada 27 negara pasaran antarabangsa, menerusi program bimbingan dan penyertaan di dalam pameran perdagangan antarabangsa serta promosi di bawah KPKM.

25
Syarikat Tempatan
27+
Negara Pasaran
Pavilion Taste of Malaysia
04. Program Hosted Buyer

Membawa Pembeli
Ke Pintu Anda

MAHA2026 mencipta peluang kepada hampir 2,000 pempamer produk agromakanan di MAHA yang mempunyai export-ready products untuk menembusi pasaran baharu serta memperluaskan pasaran sedia ada menerusi sesi padanan perniagaan pada 1–3 September 2026 (MAHA Trade Days) bertempat di Dewan A dan B, MAEPS. Segmen ini membawakan seramai 40 orang International Buyers mengikut rantau yang telah dikenalpasti:

Rantau
Bil. Jemputan
Amerika Utara
5
Eropah
6
Oceania
4
Jepun & Korea
5
China P.R., Hong Kong & Taiwan
10
Timur Tengah
5
ASEAN
5
Jumlah
40
Program Hosted Buyer MAHA Go Global
05. Pengalaman Dewan A

Lebih Daripada
Sekadar Pameran

Konten informatif, inovatif serta imersif direka untuk menggalakkan lebih ramai penyertaan di peringkat antarabangsa, sekaligus memastikan keterlibatan dari segenap lapisan umur pengunjung termasuk kanak-kanak.

Pengalaman Maya & Imersif
Simulasi Vesel Perikanan
Dron Pertanian Kawalan Jauh
Eksplorasi Dunia Akuatik
Terowong Interaktif Hortikultur
Zon Advokasi Interaktif
🐹
Interaksi Capybara & Haiwan Eksotik
🐈
Baka Kucing Unik
🐡
Ikan Hiasan Bernilai Tinggi
🦀
Kolam Sentuh Belangkas
06. Majlis Pertukaran MoU
Termeterai di Dewan A
60
MoU Berpotensi
RM12.49J
Nilai Perdagangan MGG
1–4 Sept
2026, Dewan A
07. Sertai MGG 2026

Bawa Jenama Anda
ke Pasaran Dunia

Daripada usahawan tempatan hingga syarikat global dan pembeli antarabangsa, MAHA Go Global menjadi titik pertemuan strategik bagi memperluas pasaran, menjalin kerjasama dan memacu pertumbuhan perniagaan.

Hubungi Sekretariat MAHA Go Global