MAHA2026 membawa 40 International Buyers merentasi tujuh rantau untuk berpadanan dengan pempamer di sepanjang MAHA Trade Days, 1–3 September 2026.
MAHA2026 mencipta peluang kepada hampir 2,000 pempamer produk agromakanan di MAHA yang mempunyai export-ready products untuk menembusi pasaran baharu serta memperluaskan pasaran sedia ada. Segmen ini membawakan seramai 40 orang International Buyers yang terdiri daripada pelbagai peranan di dalam rantai nilai sektor agromakanan serta komoditi pertanian.
Sesi padanan perniagaan diadakan sepanjang MAHA Trade Days, 1–3 September 2026, bertempat di Dewan A dan B, MAEPS Serdang.


Muat turun panduan program lengkap atau hubungi sekretariat untuk maklumat kelayakan dan pendaftaran.
Hubungi Sekretariat MAHA Go Global