5 Julai 2025 – Tawau: Majlis Perasmian Program Road To HPPNK (Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan) 2025 telah dirasmikan oleh YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia. Program ini berlangsung selama 2 hari (5-6 Julai 2025) di Pekarangan Majlis Perbandaran Tawau. Pelbagai aktiviti menarik turut dianjurkan seperti Pameran Pavilion Sabah, E-Games, Fun Run, Jualan Agro MADANI dan Konvoi Bermotor.