Kota Kinabalu, 10 Julai – Hari ini telah berlangsung Sesi Kunjung Hormat kepada Timbalan Ketua Menteri 1/ Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) Sabah YB. Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan.
Sesi kunjung hormat ini adalah berkaitan penganjuran pelaksanaan program sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 yang akan diadakan pada 1 hingga 3 Ogos 2025 bertempat di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu, Sabah.
Semoga penganjuran HPPNK 2025 menjadi landasan untuk mempererat hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, sekali gus mengukuhkan kerjasama strategik dalam usaha memperkasa pembangunan sektor agromakanan negara, khususnya di Sabah dan rantau Borneo.
Sesi kunjungan ini turut dihadiri oleh Setiausaha Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan Encik Khalid bin Ibrahim selaku wakil Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Hadir sama dalam kunjung hormat ini ialah Ketua Pengarah LPP YBrs. Encik Amir bin Matamin dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) LPP YBrs. Encik Nik Mohd Shaharil bin Nik Md Hashim











































