Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025

1 - 3 Ogos 2025 | 9am - 10pm | Sabah International Convention Centre (SICC)

Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025

1 - 3 Ogos 2025 | 9am - 10pm | Sabah International Convention Centre (SICC)

Hari Kedua HPPNK 2025 Di SICC Meriah Dengan Kehadiran Pengunjung

Hari kedua sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 di Sabah International Convention Centre (SICC) terus mencuri tumpuan warga tempatan dan pelancong.

Sejak awal pagi, SICC dibanjiri pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat yang hadir untuk menikmati pelbagai aktiviti menarik, jualan produk tempatan, persembahan kebudayaan dan pameran teknologi agro.

Program diteruskan dengan pelbagai acara interaktif termasuk sesi bersama usahawan tani, demonstrasi masakan, serta persembahan pentas yang menyemarakkan suasana.

Orang ramai masih berpeluang untuk mengunjungi HPPNK 2025 yang berlangsung sehingga 3 Ogos ini. Masuk adalah percuma!