Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025

1 - 3 Ogos 2025 | 9am - 10pm | Sabah International Convention Centre (SICC)

Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025

1 - 3 Ogos 2025 | 9am - 10pm | Sabah International Convention Centre (SICC)

Laporan Keseluruhan HPPNK 2025

Bang Mat ingin ucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 yang berlangsung dari 1 hingga 3 Ogos di Kota Kinabalu, Sabah.

Sepanjang tiga hari penganjuran, jumlah kehadiran pengunjung mencecah 504,491 orang. Lebih membanggakan, nilai jualan keseluruhan yang berjaya direkodkan ialah sebanyak RM15,586,707.10.

Kejayaan ini membuktikan komitmen tinggi semua pihak dalam memartabatkan sektor agromakanan negara. Kita teruskan kecemerlangan ini menuju MAHA 2026!