Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025

1 - 3 Ogos 2025 | 9am - 10pm | Sabah International Convention Centre (SICC)

Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025

1 - 3 Ogos 2025 | 9am - 10pm | Sabah International Convention Centre (SICC)

Hari Kedua HPPNK 2025 Makin Rancak Di SICC

Hari Kedua makin rancak bah! Orang Sabah memang kasi turun habis-habisan — penuh suasana di SICC sejak awal pagi.

Kemuncak pembukaan pagi ini dimulakan dengan acara flag-off Funride HPPNK 2025 yang dirasmikan oleh YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, bersama YB Timbalan Menteri, YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup. Acara kayuhan santai ini mencetuskan semangat luar biasa, menandakan permulaan penuh tenaga dan keterujaan bagi hari kedua sambutan HPPNK 2025.

Pengunjung terus membanjiri tapak acara, menikmati pelbagai aktiviti, pameran dan jualan produk tempatan sepanjang hari.

Jangan lupa, hari ini hari terakhir — jom ramai-ramai ke SICC! Masuk percuma bah!