Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung khususnya warga Sabah yang telah menghadiri Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 yang telah berlangsung dari 1 hingga 3 Ogos 2025 di SICC, Kota Kinabalu, Sabah. Jumlah kehadiran pengunjung selama tiga hari program berjalan adalah seramai 504, 491 orang dengan jumlah nilai jualan sebanyak RM 15,586,707.10. Tahniah sekali lagi diucapkan buat semua pihak yang menjayakan HPPNK 2025 dan terima kasih atas sokongan anda semua!
