Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025

1 - 3 Ogos 2025 | 9am - 10pm | Sabah International Convention Centre (SICC)

Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025

1 - 3 Ogos 2025 | 9am - 10pm | Sabah International Convention Centre (SICC)

HPPNK 2025 Dibuka dengan Meriah di Sabah

KOTA KINABALU, 1 Ogos 2025 – Hari pertama Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC) menyaksikan sambutan hangat daripada pengunjung tempatan dan luar.

Cuaca cerah mengiringi pembukaan acara, menceriakan suasana tapak pameran yang penuh warna-warni dan aktiviti menarik. Pelbagai produk perusahaan kecil dan sederhana (IKS), pameran haiwan ternakan, dan aktiviti interaktif untuk seisi keluarga turut mencuri tumpuan.

Pengunjung juga tidak melepaskan peluang merakam gambar OOTD di pelbagai sudut menarik sambil menikmati sajian makanan tradisional unik dari negeri Sabah. Ramai menyatakan bahawa satu hari tidak cukup untuk menerokai keseluruhan kawasan pameran di SICC.

HPPNK 2025 akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini, dan orang ramai dijemput hadir untuk merasai sendiri kemeriahan dan kepelbagaian yang ditawarkan.