Majlis Pembukaan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Isham Bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), menandakan iltizam Kerajaan MADANI dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara.
HPPNK 2025 diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah pada 1-3 Ogos 2025 (Jumaat-Ahad), 9.00 pagi hingga 9.00 malam. Majlis perasmian penyempurnaan HPPNK 2025 oleh YAB Perdana Menteri akan diadakan pada 3 Ogos 2025 (Ahad).
Tahun ini, Showcase 50 Terbaik oleh jabatan dan agensi KPKM mempersembahkan empat kluster utama yang padat dengan inovasi, daya tarikan rakyat, dan aspirasi MADANI:
Jualan Agro MADANI.
🔹 AGRO MILLENIA
* Cabaran e-Sport
* Pentas Dapur Tani
* Kemahiran Agro Belia
* Kenali Kopi, Rasai Keaslian Sebenar
* Teknik Jahitan Pukat
* Agro Magician – Bukan Biasa-biasa!
* Inovasi TVET Pertanian
* Seni Aqua Landskap
* Peluang Perniagaan e-Dagang
🔹 CUKUP & TERJAMIN
* Agrofoodstats@KPKM
* Mekanisasi
* Tanaman
* Ternakan
* Perikanan
* Konservasi Marin
* Padi
* Food Wastage
* Robotic Lestari
* Laman Nanas
🔹 SEJAHTERA MADANI
* 13 + 2 Anugerah & Penghargaan
* Konvensyen HPPNK
* Pavillion HPPNK
* ASEAN Farmers Village
* Rakan Strategik Industri
* Pavillion Sabah
* Kerjasama Kerajaan Negeri
🔹 JUALAN & KEUSAHAWANAN
* Empayar Makanan
* Jualan Agro Madani
* Jualan & Keusahawanan Industri Asas Tani
📍 Ayuh ke HPPNK 2025 dan rasai kemeriahan tersendiri!.
“Kudrat Kami Menjamin Pertiwi”.
