YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan YBhg. Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha KPKM seterusnya telah menghadiri Majlis Penyampaian Geran Agropelancongan KPKM. Geran Agropelancongan dapat membantu pengusaha agromakanan meningkatkan pendapatan mereka melalui sektor pelancongan berasaskan pertanian, memperkasa aktiviti ekonomi dan membuka peluang pekerjaan baharu kepada penduduk setempat.










