Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025

1 - 3 Ogos 2025 | 9am - 10pm | Sabah International Convention Centre (SICC)

Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025

1 - 3 Ogos 2025 | 9am - 10pm | Sabah International Convention Centre (SICC)

Majlis Perasmian Penutupan Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 @ Sabah Oleh YAB Perdana Menteri

Kota Kinabalu, 3 Ogos 2025 – Majlis Perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) Tahun 2025 telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri. Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 1 hingga 3 Ogos di SICC, Kota Kinabalu, Sabah diraikan dengan lebih istimewa sempena ulang tahun jubli emas yang menandakan 50 tahun penganjurannya sejak mula diperkenalkan pada tahun 1975.

Tarikh 6 Ogos telah diisytiharkan oleh Perdana Menteri Malaysia Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak sebagai Hari Peladang sempena Pelancaran Gerakan PEMBAHARUAN yang berlangsung di Dungun, Terengganu pada 6 Ogos 1972. Sambutan ini kemudian ditukar kepada “Hari Peladang dan Nelayan Kebangsaan” pada tahun 1983. Kemudian pada tahun 1988, dengan penyertaan penternak, sambutan tersebut ditukar kepada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) dan kekal sehingga kini.

Penganjuran kali ini bertujuan untuk mengiktiraf dan mempromosikan sektor pertanian, penternakan dan perikanan sebagai penyumbang utama kepada pembangunan negara. HPPNK juga bertujuan untuk memperkenal teknologi dan inovasi terkini sektor ini kepada masyarakat dan seterusnya menarik minat pelabur. Selain itu, HPPNK menjadi salah satu platform untuk para peladang, penternak dan nelayan berkongsi pengetahuan, pengalaman dan peluang perniagaan dalam sektor pertanian.

Selanjutnya di FB KPKM:
https://www.facebook.com/share/p/1ZApseemii/?mibextid=wwXIfr