Majlis Selawat Perdana telah berlangsung pada 1 Ogos 2025 sempena HPPNK Sabah 2025 bertempat di Dewan Sipadan, Sabah International Convention Centre (SICC). Majlis telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan pegawai-pegawai kanan KPKM serta jabatan dan agensi. Terdapat juga persembahan istimewa daripada kumpulan nasyid Inteam. Dalam majlis sama, Agrobank telah menyerahkan sumbangan zakat berjumlah RM25,000 kepada beberapa madrasah terpilih.
Warga Sabah semua, jangan lupa untuk meriahkan HPPNK 2025 yang berlangsung di SICC minggu ini! Pelbagai aktiviti menarik menanti anda! Datang bah!
📍 1–3 Ogos 2025 | SICC, Kota Kinabalu, Sabah
🕘 9.00 pagi – 10.00 malam
👉 Masuk adalah PERCUMA!












