HARI KEDUA HPPNK 2025 @ SABAH
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu telah menghadiri Majlis Pelancaran Sistem Pengurusan Kemasukan Vesel Penangkapan Ikan Asing ke Pelabuhan (e-PSM Malaysia). Satu Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Marine Research Foundation (MRF) turut dimeterai dalam majlis ini. Dalam majlis yang sama, DOF juga turut menyokong pelancaran produk makanan siap saji Sambal Hijau Filet Talapia keluaran Syarikat ARC Berkat Agro Food Sdn. Bhd.
📍 1–3 Ogos 2025 | SICC, Kota Kinabalu, Sabah
🕘 9.00 pagi – 10.00 malam
👉 Masuk adalah PERCUMA!





