Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025

1 - 3 Ogos 2025 | 9am - 10pm | Sabah International Convention Centre (SICC)

Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025

1 - 3 Ogos 2025 | 9am - 10pm | Sabah International Convention Centre (SICC)

SHOWCASE MEKANISASI SEMPENA SAMBUTAN HPPNK 2025

YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan YBhg. Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha KPKM telah menghadiri Showcase Mekanisasi sempena sambutan HPPNK 2025 pada hari ketiga pelaksanaannya.

Showcase bersepadu ini menampilkan pelbagai inisiatif pemodenan pertanian yang merangkumi teknologi dan inovasi dalam bidang mekanisasi, automasi, pertanian digital (Digital AgTech) berteraskan 4IR seperti Internet of Things (IOT) dan kecerdasan buatan (AI) dalam sektor agromakanan.

Showcase Mekanisasi menghimpunkan 24 rakan strategik serta pempamer dari agensi kerajaan dan syarikat swasta. Showcase ini menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Kerjasama (MoC) Inisiatif Transformasi Digital Sektor Agromakanan antara KPKM dan TM One; Majlis Pelancaran Silibus Pensijilan Kompetensi Khas untuk Operator Dron Pertanian Persendirian; Penyerahan Cek Cura Program Mekanisasi dan Automasi Agromakanan (M&A) Tahun 2025; Penyerahan Sijil Penerima Sistem Digital AgTech oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC); dan Penyerahan Cek Cura Program Modenisasi Rantaian Nilai Agromakanan
2025.