Fukui, 4 Jun 2025 – YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu telah mengadakan pertemuan rasmi bersama Kerajaan Wilayah Fukui bagi memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang pertanian, keselamatan makanan dan teknologi agro. Pertemuan ini mencerminkan komitmen Malaysia dalam memperluas jaringan strategik bersama Jepun ke arah pembangunan agro-makanan yang lebih mampan dan berdaya saing.
















