Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025

1 - 3 Ogos 2025 | 9am - 10pm | Sabah International Convention Centre (SICC)

Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025

1 - 3 Ogos 2025 | 9am - 10pm | Sabah International Convention Centre (SICC)

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025

Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung khususnya warga Sabah yang telah menghadiri Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 yang telah berlangsung dari 1 hingga 3 Ogos 2025 di SICC, Kota Kinabalu, Sabah. Jumlah kehadiran pengunjung selama tiga hari program berjalan adalah seramai 504, 491 orang dengan jumlah nilai jualan sebanyak […]

Penutup HPPNK 2025

Penutup HPPNK 2025 bukan penamat, tapi permulaan semangat baru. Tiga hari yang cukup luar biasa, penuh ilmu dan kenangan. HPPNK 2025 memang gegar habis kali ni bah!

Laporan Keseluruhan HPPNK 2025

Bang Mat ingin ucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 yang berlangsung dari 1 hingga 3 Ogos di Kota Kinabalu, Sabah. Sepanjang tiga hari penganjuran, jumlah kehadiran pengunjung mencecah 504,491 orang. Lebih membanggakan, nilai jualan keseluruhan yang berjaya direkodkan ialah sebanyak […]

FARMERS CULTURAL NIGHT SEMPENA SAMBUTAN HPPNK 2025

Sebagai penutup HPPNK 2025, telah berlangsungFarmers Cultural Night HPPNK 2025 yang menampilkan artis-artis jemputan seperti Datuk Francis Landong, Stacy, Amir Masdi dan Elica Paujin serta penampilan khas Unduk Ngadau.Farmers Cultural Night HPPNK 2025 turut mempersembahkan tarian kebudayaan Limbai, Sumazou dan Magunatip. Suasana malam penuh warna-warni dan meriah dengan kehadiran pengunjung yang membanjiri lokasi acara untuk […]

PENYAMPAIAN HADIAH CABUTAN BERTUAH OLEH YB MENTERI KPKM

YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah menyampaikan hadiah-hadiah utama bagi segmen cabutan bertuah sempena HPPNK 2025 kepada pengunjung-pengunjung yang bertuah. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

MAJLIS PENYERAHAN GERAN AGROPELANCONGAN KPKM

YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan YBhg. Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha KPKM seterusnya telah menghadiri Majlis Penyampaian Geran Agropelancongan KPKM. Geran Agropelancongan dapat membantu pengusaha agromakanan meningkatkan pendapatan mereka melalui sektor pelancongan berasaskan pertanian, memperkasa aktiviti ekonomi dan membuka peluang pekerjaan baharu kepada penduduk setempat.

SHOWCASE MEKANISASI SEMPENA SAMBUTAN HPPNK 2025

YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan YBhg. Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha KPKM telah menghadiri Showcase Mekanisasi sempena sambutan HPPNK 2025 pada hari ketiga pelaksanaannya. Showcase bersepadu ini menampilkan pelbagai inisiatif pemodenan pertanian yang merangkumi teknologi dan inovasi dalam bidang mekanisasi, automasi, pertanian digital (Digital AgTech) berteraskan […]