HYOGO, 3 JUN 2025 – YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, telah mengadakan kunjungan rasmi ke Sanda Shokuniku Kosha, sebuah pusat penyembelihan halal yang terletak di Kita-ku, Kobe City, Wilayah Hyogo.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada program rasmi beliau sempena penglibatan Malaysia dalam Ekspo Dunia Osaka 2025. Sanda Shokuniku Kosha merupakan satu-satunya fasiliti penyembelihan halal yang diiktiraf di wilayah tersebut dan terkenal dengan pengeluaran Halal Kobe Beef yang memenuhi pasaran tempatan serta antarabangsa termasuk Malaysia.
Sepanjang lawatan, YB Menteri diberi penerangan berkenaan proses penyembelihan yang mematuhi piawaian halal antarabangsa, amalan kebersihan, sistem pengesanan (traceability) serta penggunaan teknologi selaras dengan keperluan keselamatan makanan Jepun.
YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu turut merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan atas usaha berterusan dalam memperkukuh ekosistem halal. Beliau menegaskan kepentingan kerjasama strategik antara Malaysia dan Jepun dalam memperluas jaringan halal serantau serta mengukuhkan peranan Malaysia sebagai hab halal global.






























HYOGO, 3 June 2025 – YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, Minister of Agriculture and Food Security, paid an official visit to Sanda Shokuniku Kosha, a halal-certified slaughterhouse located in Kita-ku, Kobe City, Hyogo Prefecture.
The visit was part of his official programme in conjunction with Malaysia’s participation in World Expo 2025 in Osaka. Sanda Shokuniku Kosha is the only halal-certified slaughtering facility in the region and is renowned for producing Halal Kobe Beef for both domestic and international markets, including Malaysia.
During the visit, the Minister was briefed on the halal-compliant slaughtering processes, hygiene practices, traceability systems, and the use of technology aligned with Japan’s food safety requirements.
YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu expressed appreciation to the management for their continued efforts in strengthening the halal ecosystem. He emphasised the importance of strategic cooperation between Malaysia and Japan in expanding the regional halal network and reinforcing Malaysia’s role as a global halal hub.
【兵庫・2025年6月3日】 — マレーシアの農業・食料安全保障大臣、モハマド・サブ閣下(YB ダトゥク・セリ・ハジ・モハマド・サブ氏)は、兵庫県神戸市北区にあるハラール認証の食肉処理施設「三田食肉公社(Sanda Shokuniku Kosha)」を公式訪問しました。
この訪問は、大阪万博2025におけるマレーシアの参加に伴う公式行程の一環として行われました。三田食肉公社は、同地域で唯一のハラール認証を受けた施設であり、国内外(マレーシアを含む)市場向けにハラール神戸ビーフを生産していることで知られています。
視察中、大臣は国際ハラール基準に準拠した屠畜プロセス、衛生管理、トレーサビリティシステム、そして日本の食品安全基準に沿った技術導入について説明を受けました。
モハマド・サブ大臣は、ハラールエコシステムの強化に努める施設管理側の継続的な取り組みに感謝の意を表するとともに、マレーシアと日本の戦略的連携を通じて地域におけるハラールネットワークを拡大し、マレーシアのグローバル・ハラール・ハブとしての地位をより一層強化していく重要性を強調しました。