Sustainable Agriculture Week @World EXPO 2025

2 - 8 June 2025 | 10am - 6pm | Malaysia Pavillion

Sustainable Agriculture Week @World EXPO 2025

2 - 8 June 2025 | 10am - 6pm | Malaysia Pavillion

Malaysia Pavilion Tarik Perhatian Pengunjung Antarabangsa di Ekspo 2025

Osaka, 4 Jun 2025 – Malaysia Pavilion di Ekspo 2025 Osaka terus menjadi tumpuan pengunjung yang ingin merasai sendiri keunikan makanan tradisional serta kepelbagaian etnik negara.

Pengunjung berpeluang menikmati sajian autentik Malaysia sambil mengenali budaya pelbagai kaum yang membentuk identiti negara. Pengalaman ini turut mempamerkan kehebatan produk agro-makanan tempatan dalam suasana interaktif dan berbudaya.Penyertaan ini mencerminkan usaha Malaysia mempromosikan keterjaminan makanan dan warisan budaya ke peringkat global.